Maalaala Mo Kaya

Maalaala Mo Kaya (Melayu: Masihkah kau ingat?; dahulu ditulis sebagai Maala-ala Mo Kaya;[1] dieja sebagai MMK), juga dikenali sebagai Memories, ialah sebuah siri drama antologi Filipina yang disiarkan Kapamilya Channel di bawah ABS-CBN Entertainment. Dihoskan oleh Charo Santos-Concio, ia bersiaran pada 15 Mei 1991. Ia menjadi siri drama antologi yang paling lama bersiaran di televisyen Filipina dan di dunia,[2] mencapai tahun ke-25 siarannya pada 2016. Rancangan ini menampilkan kisah kehidupan sebenar mingguuan atau anekdot individu atau selebriti dan personaliti terkenal menerusi kiriman surat. Siri ini mempunyai rancangan radio yang disiarkan DZMM dikenali sebagai "Maalaala Mo Kaya sa DZMM", adaptasi buku poket dan adaptasi buku komik di bawah Mango Comics & Sterling.[3]

Maalaala Mo Kaya

Lagu penutup "Maalaala Mo Kaya" oleh Dulce (1991–2004) / Carol Banawa (2004–kini)
Bahasa Filipina
Negara asal Filipina
Penerbit eksekutif Laurenti M. Dyogi
Ruel S. Bayani
Pengarah Pelbagai
Format gambar 480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Penggubah lagu tema Constancio de Guzman
Syarikat penerbitan
Pengacara Charo Santos-Concio
Tempoh siaran 60 minit
Pencipta ABS-CBN Corporation
Siaran asal 15 Mei 1991 (1991-05-15) – kini
Bilangan episod 200+
Genre
Bilangan musim 29
Ditulis oleh Pelbagai
Saluran asal